Suatu hari, seorang professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menyewa sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor tersebut memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyangkannya; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm... nampaknya hari nak hujan ni."
"Ok... semua sudah siap, mari kita balik ke darat", kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.
"Berapa lama dah kamu kerja mendayung sampan?", tanya Professor itu.
"Hampir sepanjang hidup saya", jawab pendayung sampan itu.
"Seumur hidup kamu?", tanya Professor itu lagi.
"Ya", jawab si pendayung ringkas.
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?", tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'

"Kasihan... kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
'Kalau begini, kasihan... kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan", kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?"
Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu bakal kehilangan 100 peratus nyawa kamu", kata pendayung sampan itu sambil berenang sendirian menuju ke pantai.
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ dan jawatan yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kalau kita pandai, berjawatan tinggi dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakala nya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'master' dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan.
Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna adalah kemenangan. InsyaAllah.

2 comments:
Ooo.. Sangat bijak pendayung sampan itu. Beliau mesti sangat mahir berdayung.. Hehe..
kalau dia tak mahir berdayung, macam mana nak jadi pendayung.. huhuhu
Post a Comment