Ads by

Saturday, May 26, 2007

Memang patut la company tak approve cuti pekerja… Huhuhuh


Jadi awak nak cuti sehari? Mari kita lihat apa yang sebenarnya awak minta dari syarikat ini.
Ada 365 hari setahun untuk bekerja. Dalam 52 minggu setahun, yang mana setiap minggu awak dapat 2 hari cuti, meninggalkan 261 hari saja lagi untuk berkerja.

Daripada 24 jam sehari, 16 jam setiap hari bekerja adalah waktu bukan bekerja, sedangkan awak cuma datang bekerja cuma 8 jam sehari. Ini bermakna 170 hari telah digunakan dan cuma tinggal 91 hari untuk bekerja.

Setiap hari, 30 minit digunakan untuk waktu minum kopi dan ini bersamaan dengan 23 hari dan cuma meninggalkan 68 hari bekerja.

Dengan 1 jam sehari untuk waktu rehat, awak telah menggunakan 46 hari untuk waktu rehat dan baki hari bekerja yang tinggal hanyalah 22 hari.

Biasanya 2 hari dalam setahun akan digunakan untuk MC. Ini membuatkan cuma tinggal 20 hari bekerja dalam setahun.

Syarikat memberikan 5 hari cuti setiap tahun dan menjadikan hari bekerja yang tinggal untuk awak cuma 15 hari.

Dengan baik hatinya, syarikat juga memberikan 14 hari bercuti setiap tahun kepada para pekerja, menjadikan cuma tinggal 1 hari bekerja! Dan saya betul-betul malang jika awak nak mengambil cuti selama 1 hari tu!! Oleh yang demikian… Cuti anda tidak diluluskan. Harap Maklum dan PERGI WAT KERJA AWAK! Ingat syarikat bayar gaji buta ke??

Wednesday, May 16, 2007

Kamu, tulang rusukku!


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu.

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya
kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu dihujung lafaz "Selamat tinggal… ".

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*************************************************************

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tuesday, May 8, 2007

A Happiness Poem


If a happiness poem could bring forth a smile,
Then my face would always dress in style.
If my ears could hear my computer screen,
From one to another, they, too, would grin.

My keyboard types for my eyes not my tongue
This happiness poem will never be sung.
But what of my eyes? Don’t they shine?
Yes, but not from this poem of mine.

The pen is mightier than the sword,
But a pen can write only words.
The feelings I sense and the senses I feel
For keyboard and screen remain far too real.

My ears and my nose remain at rest.
My cheeks and hairline are doing their best.
But if this happiness poem could make my mouth smile,
My face would forever dress up in style.

Meh kita pikir²