Ads by

Saturday, May 26, 2007

Memang patut la company tak approve cuti pekerja… Huhuhuh


Jadi awak nak cuti sehari? Mari kita lihat apa yang sebenarnya awak minta dari syarikat ini.
Ada 365 hari setahun untuk bekerja. Dalam 52 minggu setahun, yang mana setiap minggu awak dapat 2 hari cuti, meninggalkan 261 hari saja lagi untuk berkerja.

Daripada 24 jam sehari, 16 jam setiap hari bekerja adalah waktu bukan bekerja, sedangkan awak cuma datang bekerja cuma 8 jam sehari. Ini bermakna 170 hari telah digunakan dan cuma tinggal 91 hari untuk bekerja.

Setiap hari, 30 minit digunakan untuk waktu minum kopi dan ini bersamaan dengan 23 hari dan cuma meninggalkan 68 hari bekerja.

Dengan 1 jam sehari untuk waktu rehat, awak telah menggunakan 46 hari untuk waktu rehat dan baki hari bekerja yang tinggal hanyalah 22 hari.

Biasanya 2 hari dalam setahun akan digunakan untuk MC. Ini membuatkan cuma tinggal 20 hari bekerja dalam setahun.

Syarikat memberikan 5 hari cuti setiap tahun dan menjadikan hari bekerja yang tinggal untuk awak cuma 15 hari.

Dengan baik hatinya, syarikat juga memberikan 14 hari bercuti setiap tahun kepada para pekerja, menjadikan cuma tinggal 1 hari bekerja! Dan saya betul-betul malang jika awak nak mengambil cuti selama 1 hari tu!! Oleh yang demikian… Cuti anda tidak diluluskan. Harap Maklum dan PERGI WAT KERJA AWAK! Ingat syarikat bayar gaji buta ke??

0 comments:

Post a Comment