Ads by

Saturday, July 7, 2007

Jum Broadband dengan Streamyx!

hiii!!!!!!!!!!!!! well.. nothing to say lah actually…. just saja saja nak semakkan blog nih… hhahahah… ngantuk… tapi GIGIH gak nak pos blog kat frenster nih… PULUN kan??? tapi biasak lahh… hidup nih kita kena pulun. pulun tuk positif tak pa laa… jangan pulun tuk negatif….

anyway… just nk citer kat u alls (cam ayat mulut laser Era.FM laks… huhuh) gue rasa beruntung sebab gue tau apa itu streamyx n kegunaannya. walaupun MALAYSIA sedang memabnagun dalam bidang ICT (cewaahhh… cam bg ceramah laks) tapi still ada masyarakat kita yang tak tau apa tu STREAMYX. hurmm.. sian pun ada, lawak pun iya gak.. tapi apa nk dikata, kalau taktau, leh belajar kan?? so takdak masalah lorrr…. janji kita mau saja. bak satu ayat yang gue tak ingat mana sumber dia, –> Growing old is mandatory, growing wise is optional. therefore lah, better to take the optional for out goodness. tak salah kan kalau untuk positif side??? hehehe… merapu kan?? tap, leh renung2kan lah…

nape bangkit issue streamyx??? erkk.. hehehehe well… ermm.. ahhh.. erkkk… kalau sapa ada baca my profile yang baru edit kat Occupation tu, u alls tau lah apa maksud i… hahahaha
actually, currently, i’m working as a Marketing Executive for 1 of the TM reseller in Alor Star, Kedah. hahahahaha…. ME tuhhh… i used to read that Executive ability is deciding quickly & getting somebody else to do the work. tapi kat TM Advance Sdn Bhd (nama kompeni.. promosi sehh… kut2 bos penaik gaji.. hahahah) ME dia leh gak guna ayat ni, tapi diubahsuai lah. cthnya, Executive ability is deciding quickly & getting YOURSELF to do the work. sebab big boss kata, as a ME, kita ada lah boss. kita punya pasai lah kalau nak wat keja atau xmo wat. kalau kita wat keja, poket kita tebai lah… kalau kita asik "makan ulaq", (ulaq besaq duk melingkaq ataeih pagaq jangan sampai jatuh dalam ayaq acaq, satgi bau hanyiaq, semua orang meluat…. ekekkeke) apa pun tak dapat lah.

"Yes sir, Streamyx…?? Internet service??" atau, "Ya cik/abang/kak/dik/encik… nak cuba streamyx??". "ada promosi nih… free modem, limited only…." hahahahaha… tebalkan muka anda setebal2nya n paksakan diri untuk bercakap ngan orang ramai. nak cari jodoh pun leh guna cara nih gak. uhuhuhuhuh… tap kalau sapa nk test approach skill, talking skill n persuading skill dalam diri dia, leh la cuba keja camni. memang mencabar. kadang2 dr jauh dh nampak rejection, tapi wat bodo ja… bg gak flyers. kadang tu depan2 kita depa p buang flyers tu… sedey oooo (pssttt.. kat flyers ada letak contact number agent… nak berkenalan leh lah). salary??? ok lah. rajin cari customer, ada komisyen, ada submisiion ada bonus. boleh lah nk cecah sebulan RM1,300++.

jadi di sini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat malam…. erkk salah channel laks…. untuk mempromosikan Broadband services kepada anda. kalau sapa2 ada yang nak daftar streamyx leh lah cari saya yaa… kot2 celah2 tu ada sedara mara, jiran tetangga, orang kampung, member serumha, kenalan2 atau sesapa saja yang nak register streamyx, can contact me lah. di alu2kan. specially orang2 yang berada di sekitar UTARA lah… termasuk Perlis, Kedah (menang Piala FA tuuuu) and Pulau Pinang.

penat dah nih… lotih den (tul ke ek) nk p tidoq dah…. esok keja lagi… huhuhuhu… mau cari lag customer. uissshh penat.. tapi … best lah… experience gitu.

Monday, June 25, 2007

Kawan

Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang…

Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit…

Kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir…

Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di
sana…

Kate sedare,
kawan tu macam makanan,
kawan makan kawan!!

Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata…

Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tapi sedap dimakan…

Kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde…

Kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner…
Walaupun dia ibarat lebah, umpama bunga ros, seperti air, bak bulan, seperti lembu, tak ubah macam durian & macam biskut…

Dia tetap kawan…

Tau tak sebab ape???

Selamanye dia ttp kawan aku…
Sekali aku dah kawan ngan dia
Selamanye dia ttp kawan aku

Gadis, Perempuan, Wanita, Women & yang seerti dengannya…

Well… nothing to say pun sebenarnya… just tengah busan & terpikirkan satu topic yang menarik after reading one of these jokes that i’ve subscribe. Nak tau? baca lah kat bawah nih:

There were 11 people - 10 men and 1 woman - hanging onto a rope that came down from a helicopter. They all decided that one person should get off, because if they didn’t, the rope would break and everyone would die.

No one could decide who should go, so finally, the woman gave a really touching speech saying how she would give up her life to save the others, because women were used to giving up things for their husbands and children, giving in to men, and not receiving anything in return.

When she finished speaking, all the men started clapping. [korang sambung la sendiri citer tuu...]

hurmm… jadi… terbuktilah, hanya dengan kata2, seorang wanita tu mampu menJATUHkan semua 10 lelaki yang ada tu. hehehhe.. although this is a joke, but if we look deeply, it shows that women are capable of doing almost anything and everything to stay on top! unlike most men lah kan… hehehhe…

bukan nk mengata all the men, but some of the men out there kadang2 tak mampu to do all the tasks that can be done by a woman. tak caya?? look around us. seorang wanita, menjadi anak kepada ke2 orang tuanya, menjadi kakak/adik kepada adik beradiknya, menjadi isteri kepada seorang suami, menjadi ibu kepada anak (mungkin anak2) dan berkemungkinan berkerja untuk membantu suami menyara keluarga, masih mampu menjaga keluarganya. pagi2 nak pegi kerja dah tentu kena siapkan sarapan untuk suami n anak2. then bersiap2 nk ke tempat kerja setelah memastikan keperluan suami yang nk ke pejabat dan anak2 yang nk ke sekolah.

di tempat kerja, semua urusan dikendalikan dengan cekap, then petang balik dari kerja, belum sempat berehat, dah sambung kerja rumah - berkemas, memasuh kain baju, pinggan mangkuk, memasak dinner, lipat baju, menyapu sampah etc etc etc… sedangkan suami dah tentu melepak depan tv, takpun kuar beriadah dengan teman2. need i say more?? still, the woman didn’t say anything, but doing her job. kalau ada pun dia merungut, rasanya memang patut lah… hehehhe.. ye tak??

therefore, rather than menyokong statement yang most of the men wrote: "A woman, without her man, is nothing." i think better for me to point out that the statement the women wrote: "A woman: without her, man is nothing." is true! heheheheh… jangan marah ye lelaki2 yang membaca nih. just an opinion.

Monday, June 18, 2007

Fight Dengue!

Hi All… apa khabar sumer??? hopefully sehat walafiat lahkan??? tengah wat apa skang?? keja? lepak? main2? heheheh… well.. apa pun u all tengah wat, hope u guys happy wif it.

anyway, as for me, dapat experience baru… huhuhuh.. tapi kureng best lah sket… gue kena demam panas… huhuh… jangkit dari my mother yang dapat tatau dari mana. tapi naseeb gue kureng baik coz melarat2 sampai kena masuk wad.. tu pun dah selepas 2 hari demam kat umah. mula tu tak dapat nk bangun pagi tulung mama masak untuk bukak kedai pagi isnin tu. then sepanjang hari senin tu asik tdo ja.. sampai petang. mama pun dah xlarat, terus tutup kedai awai n p klinik.

jumpa ngan doc, dia cakap balik makan ubat yang dia  bagi, tapi kalau tak baik kena p spital, takut kena selsema burung. huhuhuhu… dah risau dah nih.. balik tu rehat. selasa tu tak bukak kedai sebabnya mama pun xlarat. takkan la kakak nk masak lak kan… memang xkena lah.. hahahaha… (syyy… xsedap pun ayang masak). kunun rabu lah baru nak niaga smula, tengok2, selasa malam tu, gue lak demam panas macam nak …. sampai kejang sebelah badan xleh nak gerak. nangis2 panggey mama. terus sumer org kelam kabut n bawak p PMC. huuhuhuhu… sakit giler…

sampai sana doc terus check n admit ke wad. yang xtahannye, terus kene cucuk ngan jarum n depan amek darah n masukkan drip. doc kata kureng potasium. ikss iks iksss… kurang lagi??? rasa cam dah lebeh dah…. ahahahah… the next day, doc yang rawat gue masa operates tonsil dulu kata kena denggi lah plak… uiksss… denggi??? mana mai lak???  pehtu tempreture pun turun naik. paling tinggi 40 deg. Cels. huhuhuh…. mau masak telur ayam kalau letak atas dahi masa tu… ahaks… 2 hari temp xturun2, then ada orang yg datang melawat cakap minum air 100+ banyak2… ikss… mama ngan kakak pun apa lagi.. terus pi beli 2,3 botol kat gue. kena lah telan.

n amazingly, alhamdulillah, terus demam reda. tu pun dah hari ke 5 kt wad baru lah demam baik lepas tau kata minum air 100+ kalau kena denggi. yang tak bestnya, kul 6.30/7.00pm ja, terus datang nurse/students datang pasang kelambu. huhuhu… bayangkanlah… dah bertahun gue xtdo dalam kelambu, tiba2 kena tdo dalam kelambu… ikss ikss…. busan tul… rasa cam sempit duniaku ini… ahaks… sib baik balik umah mama xsuh pasang kelambu gak… kalau x.. memang kelam lah gue.. huhuhuhuh…

after 8 days at the wad, finally, doc bg discharge. hurraaayyyyyyyyy!!!!!… best giler… busan lah plak duk kat wad tu lelama… banyak benda gak yang xnyenangkan hati…. nak plak dapat "jiran katil" yang cerewets n banyak mulut. huhuhuhu…. bukan nak mengata orang, tapi, the truth laaa…. tau la mulut tu tak sakit, tapi tulun lah wat cam orang sakit n respek lah kat org lain yang sakit nih.. ikss ikss ikss… heheheheheh….
papepun, i’m glad that i’m alrite skang nih and thanks a lot kepada sumer yang melawat gue during my stay at the PMC n those yang smses n call me, wishing me supaya cepat baik.trimas yang sumer. luv u all… n to mama n ayang… heheheh cayunk mama n ayang!!! (although ayang tolak adik sampai nk jatuh katil malam tu… huh… ampesss tul… kalah orang sakit dia tdoq).

to all of u out there… take care of urself. malang tak berbau… jagalah persekitaran umah kita agar bebas dari sebarang penyakit. papepun, kalau rasa tak sehat, cepat2 lah pi jumpa doc. prevention is better than cure. in my case, gue kira naseeb baik coz xsampai ke tahap berdarah. tapi kita tatau nasebb kita in the future kan?? so.. beware guys!

Saturday, May 26, 2007

Memang patut la company tak approve cuti pekerja… Huhuhuh


Jadi awak nak cuti sehari? Mari kita lihat apa yang sebenarnya awak minta dari syarikat ini.
Ada 365 hari setahun untuk bekerja. Dalam 52 minggu setahun, yang mana setiap minggu awak dapat 2 hari cuti, meninggalkan 261 hari saja lagi untuk berkerja.

Daripada 24 jam sehari, 16 jam setiap hari bekerja adalah waktu bukan bekerja, sedangkan awak cuma datang bekerja cuma 8 jam sehari. Ini bermakna 170 hari telah digunakan dan cuma tinggal 91 hari untuk bekerja.

Setiap hari, 30 minit digunakan untuk waktu minum kopi dan ini bersamaan dengan 23 hari dan cuma meninggalkan 68 hari bekerja.

Dengan 1 jam sehari untuk waktu rehat, awak telah menggunakan 46 hari untuk waktu rehat dan baki hari bekerja yang tinggal hanyalah 22 hari.

Biasanya 2 hari dalam setahun akan digunakan untuk MC. Ini membuatkan cuma tinggal 20 hari bekerja dalam setahun.

Syarikat memberikan 5 hari cuti setiap tahun dan menjadikan hari bekerja yang tinggal untuk awak cuma 15 hari.

Dengan baik hatinya, syarikat juga memberikan 14 hari bercuti setiap tahun kepada para pekerja, menjadikan cuma tinggal 1 hari bekerja! Dan saya betul-betul malang jika awak nak mengambil cuti selama 1 hari tu!! Oleh yang demikian… Cuti anda tidak diluluskan. Harap Maklum dan PERGI WAT KERJA AWAK! Ingat syarikat bayar gaji buta ke??

Wednesday, May 16, 2007

Kamu, tulang rusukku!


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu.

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya
kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu dihujung lafaz "Selamat tinggal… ".

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*************************************************************

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tuesday, May 8, 2007

A Happiness Poem


If a happiness poem could bring forth a smile,
Then my face would always dress in style.
If my ears could hear my computer screen,
From one to another, they, too, would grin.

My keyboard types for my eyes not my tongue
This happiness poem will never be sung.
But what of my eyes? Don’t they shine?
Yes, but not from this poem of mine.

The pen is mightier than the sword,
But a pen can write only words.
The feelings I sense and the senses I feel
For keyboard and screen remain far too real.

My ears and my nose remain at rest.
My cheeks and hairline are doing their best.
But if this happiness poem could make my mouth smile,
My face would forever dress up in style.

Monday, April 23, 2007

Suami & Senyuman


Senyuman adalah sedekah dan dengan senyuman ia akan mengembirakan teman kerana senyuman itu menandakan kasih. Semua orang  selalunya ingin dikasihi. Adalah perkara yang amat memilukan dan menyedihkan jika seseorang itu merasakan dirinya tidak dikasihi oleh seseorang.

Senyuman adalah gerak dibibir yang datangnya dari hati. Jika senyuman diberi dengan ikhlas ia akan mendatangkan kesan yang besar. Apabila kita kembali ke rumah menemui isteri, berilah salam dan senyuman. Anggaplah isteri sebagai teman yang lama tak dijumpai.
Dengan memberi senyuman ia akan mengembirakan hati isteri. Isteri di rumah sibuk menguruskan anak-anak, membasuh pinggan mangkuk dan kain baju. Temannya hanyalah kerja yang tidak mempunyai perasaan seperti insan dan tidak dapat menghargai letih dan penatnya. Kepenatan ini akan hilang jika bertemu kembali dengan suaminya dan suaminya pula mengukir senyuman sebagai tanda gembiranya terhadap isteri dan kerjanya. Walaupun kerja-kerja rumah tidak dapat dilaksanakan dengan baik,janganlah bermasam muka. Anggaplah kerja rumah itu kerja si suami dan isteri melakukannya hanyalah sebagai ihsannya.

Janganlah kembali ke rumah dengan bermasam muka dan perasaan marah. Ukirlah senyuman walaupun dibuat secara paksa. Janganlah dibawa masalah diluar seperti masalah kerja,masalah rakan dan pejabat ke rumah. Janganlah lepaskan kemarahan itu kepada isteri. Adalah menjadi satu kezaliman disebabkan kemarahan kita terhadap orang lain,isteri yang lemah menjadi sasaran kemarahan kita.

Isteri kita adalah seorang wanita.Perwatakannya adalah lembut.Nabi S.A.W bersabda(lebih kurang maksudnya dalam bahasa Melayu),


"Yang paling baik diantara kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya".(Hadith riwayat Baihaqi dan Abdullah b.Mas’ud R.A).

Di antara 3 perkara Nabi s.a.w sukai ialah wanita. Maksudnya supaya wanita disayangi,dilayan dengan lembut dan wanita yang soleh itu adalah harta dunia yang paling baik.

Oleh kerana wanita kelakuannya lembut, hatinya tidak akan dapat dipikat dengan kekerasan. Kelembutan wanita menyebabkan ia mudah tertawan gerak geri dan perkataan yang lembut. Kekerasan akan membuatkan wanita menjadi lebih keras, menimbulkan kebencian dihatinya dan dia akan melawan dengan tidak mentaati suaminya.

Tarbiah untuk wanita terletak ditangan suami. Suamilah yang bertanggungjawab membentuk akhlak isteri. Sekiranya isteri mendapat tarbiah yang baik dia akan membantu suaminya jalan ke syurga. Jika wanita menjadi buruk ia akan menjadi pembawa suaminya ke neraka.
Kasih sayang terhadap isteri bukan bermakna membiarkan isterinya melakukan perkara yang tidak baik. Isteri perlu diberi nasihat. Apabila kita dapat menawan hati isteri, nasihat kita akan diterimanya. Jika kita berkeras dengannya, rasa benci akan datang dihatinya. Nasihat yang baik sekalipun tidak akan didengarnya.

Nabi saw bersabda (lebih kurang maksudnya dalam bahasa Melayu),

"Wanita dicipta dari tulang rusuk dan yang paling bengkok di tulang rusuk ialah bahagian atasnya.Jika kamu cuba betulkan ia nescaya akan patah dan jika kamu biarkan maka berterusan ia dalam keadaan bengkok". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA.)

Kekerasan tidak perlu dalam tarbiah.Apa yang diperlukan adalah kasih sayang dan menasihati dengan cara yang lemah lembut dan berulang-ulang.

Senyuman adalah amalan yang mahal. Ia adalan sedekah dan tidak memberatkan pemberinya. Kita tidak perlu berbelanja untuk melakukannya dan kesannya amat menggalakkan. Lemparkanlah senyuman setiap kali memandang isterimu terutama apabila kembali ke rumah. Walaupun kamu tidak mahu tersenyum disebabkan banyak masalah, paksalah diri untuk senyum. Berpura-pura senyum pada isteri walaupun hati tidak mahu adalah lebih baik daripada bermasam muka dan menunjukkan perasaan hati.

Seringkali kita melepaskan perasaan kita kepada isteri. Kita malu melepaskannya kepada orang lain kerana kita ingin berpura-pura menjadi orang yang baik. Sekiranya kita boleh berpura-pura dengan orang lain untuk menunjukkan diri kita baik dan tidak mudah marah, kenapa kita tidak boleh berpura-pura kepada isteri, teman yang sentaisa bersama kita (senang dan susah).

Kita harus menyimpan masalah kita kepada diri sendiri (yang mengakibatkan timbul kemarahan dalam hati) dan tidak melepaskannya kepada orang lain apatah lagi kepada isteri kita. Banyak orang yang kelihatan begitu baik diluar tetapi menjadi pemarah dan pengganas dirumah. Ini salah tempatnya. Akibat keresahan hati kita,isteri menjadi mangsa. Isteri dimarahi dan dipukul kerana tersalah sedikit, akhirnya perhubungan menjadi renggang.
Apabila hubungan menjadi renggang, anak-anak menjadi mangsa pertengkaran dan anak tidak akan faham apa itu erti kasih sayang. Anak-anak akan membesar dalam keadaan ibubapanya sentiasa bertengkar.

Bagaimana perasaan hati diluahkan? Menyimpan masalah dihati tanpa memberitahu kepada sesiapa boleh menyebabkan kekusutan fikiran dan akhirnya mengubah tingkah laku dan boleh menyebabkan penyakit. Oleh yang demikian agama Islam mengajar kita agar menghadapi masalah kita dengan mendirikan solat dan selepas solat kita mengadu kepada Allah swt.

Allah swt. memerintahkan kita supaya apabila tersua dengan kesusahan, agar sabar dan sembahyang. Solat ditengah malam adalah waktu yang amat sesuai untuk mengadu kepada Allah swt. Apabila kita berbuat demikian, keresahan akan hilang, bantuan dan rahmat akan mulai datang.Apabila keresahan telah hilang, kita boleh kembali mengukir senyuman disiang hari. Kepada manusia kita senyum terutamanya kepada isteri tercinta dan malam hari kita mengadu dan menangis kepada Allah swt. Inilah cara hidup orang yang beragama.

Senyumlah selalu dan berilah senyuman pada isterimu...

Thursday, January 18, 2007

New Year 2007 & 1428

Kabboomm….!!!!! ahaks… sambutan New year 2007 kan slalunya bermula macam tu.. cantik je bunga² api & mercun yang dinyalakan tu… nak pulak tahun 2007 nih tahun Melawat Malaysia kita yang bakal menyambut Kemerdekaan yang ke-50 tahun!!!! PROUD TO BE MALAYSIAN!!! (Tiru ayat iklan kat TV tuhh) tapi setakat mana kita berbangga menjadi Rakyat Malaysia seperti yang diagung²kan?? sendiri mau ingat aaa…. hehehehe…

as 4 me… this year rasanya tadak apa yang menarik… cuma BAKAL BER…. erkk… pk apa aa??? bakal bertambah 1 angka dalam umo je la… ahahahah… but still maintain COMEY… (Nurul Azwa jangan jeles yekk.. maklumlah ada org cakap umo Kdla baru 17 gitu… wahahahahaha).  New Year Resolution(s)??? Hurm… tahlah…. wat apa yang patut padan dah le… hehehe… mana leh bagitau… kan?? kan?? kan??

Esok, 20hb Januari 2007, umat Islam sedunia akan menyambut Tahun Baru lagi… Awal Muharram 1428. Semoga ia mendatangkan kerahmatan kepada kita semua… "Buku Lama" akan ditutup dan "Buku Baru" akan dimulakan…. jadi.. kalau dalam "Buku Lama" kita tu dah banyak kosong, atau berat sebelah kiri bak kata orang, moga² dalam "Buku Baru" kita nanti diberatkan yang sebelah kanan pulak lah ye… sama² lah kita beringat… huhuhuh…. dan jangan lupa lak untuk baca Do’a Akhir Tahun lepas Solat ‘Asar dan Do’a Awal Tahun selapas Solat Maghrib nanti… semoga kita mendapat keberkatan-Nya pada tahun baru ini… aminn…

tapi…. tahun baru, tahun baru jugak… huhuhu… sem baru dah brapa minggu nih.. keja gue lum siap lagik… uwwaaaaaaa….. mati lah kena smash ngan Ms Intan lagik nanti… dah le demam aritu sampai ilang mood nak wat keja… ikss ikss iksss….. bila la nk mula balik nih…. sib baik duk kat umah.. kalau duk kat melaka tuh… xtau nak kata apa… ahahahaha… wei… sapa nk tulun wat system guee???!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!