Ads by

Saturday, July 12, 2008

10 Perkara Mengenai Wanita


1. Sensitif: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet: Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang WANITA memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas: Ikhlas seorang WANITA tak perlu diragui.

5. Korban: WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja: Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai, tetapi ada batasnya.

9. Cinta : CINTA pertama bagi WANITA adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi LELAKI adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Friday, June 13, 2008

Wealth, Success or Love?


A woman came out of her house and saw 3 old men with long white beards sitting in her front yard. She did not recognize them. She said, "I don’t think I know you, but you must be hungry. Please come in and have something to eat."

"Is the man of the house home?” they asked.

"No", she replied. "He’s out."

"Then we cannot come in", they replied.

In the evening when her husband came home, she told him what had happened.

"Go tell them I am home and invite them in!" The woman went out and invited the men in.

"We do not go into a House together," they replied.

"Why is that?" she asked.

One of the old men explained: "His name is Wealth," he said pointing to one of his friends, and said pointing to another one, "He is Success, and I am Love." Then he added, "Now go in and discuss with your husband which one of us you want in your home."

The woman went in and told her husband what was said. Her husband was overjoyed. "How nice!!” he said. "Since that is the case, let us invite Wealth. Let him come and fill our home with wealth!"

His wife disagreed. "My dear, why don’t we invite Success?"

Their daughter was listening from the other corner of the house. She jumped in with her own suggestion: "Would it not be better to invite Love? Our home will then be filled with love!"

"Let us heed our daughter’s advice," said the husband to his wife. "Go out and invite Love to be our guest."

The woman went out and asked the 3 old men, "Which one of you is Love? Please come in and be our guest."

Love got up and started walking toward the house. The other 2 also got up and followed him. Surprised, the lady asked Wealth and Success:

"I only invited Love, Why are you coming in?"

The old men replied together: "If you had invited Wealth or Success, the other two of us would’ve stayed out, but since you invited Love, wherever He goes, we go with him. Wherever there is Love, there is also Wealth and Success!!!!!!"


*********************************************************************


-Where there is pain, I wish you peace and mercy.

-Where there is self-doubting, I wish you a renewed confidence in your ability to work through it.

-Where there is tiredness, or exhaustion, I wish you understanding, patience, and renewed strength.

-Where there is fear, I wish you love, and courage.

Thursday, June 12, 2008

Nak sabar ke nak marah??

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:

Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat…."