Ads by

Saturday, February 13, 2010

Program `Kebolehpasaran Graduan' mudahkan siswazah dapat kerja


aku baru buka Utusan Malaysia Online dan nampak artikel bertajuk Program `Kebolehpasaran Graduan' mudahkan siswazah dapat kerja. well... after read it, aku nak bagi personal view lah...

this is one of the other programs yang wujud di Malaysia untuk para graduan... bertuah sungguh graduates from Malaysia [inluding aku lah] nih. banyak sungguh program2 sebegini yang disediakan. TAPI apa yang aku peliknya ialah, kenapa masih ada ramai yang menganggur?? punyalah banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan - as we can see all these kat newspaper, websites dan juga flyers2, tapi kadar pengangguran masih agak tinggi bagi negara kita [boleh refer kat Jabatan Perangkaan Malaysia].

from the blog post of My Opera, bertajuk Masalah Pengangguran [aku baru tau ada rumus tuk kira pengangguran nih...] :
Pengangguran juga boleh dihitung dengan menggunakan rumus berikut:


Pengangguran = tenaga buruh – guna tenaga


Di mana guna tenaga adalah tenaga buruh yang bekerja dalam sesebuah ekonomi. Oleh itu beza antara jumlah tenaga buruh dengan guna tenaga adalah pengangguran.


Sebab


Pengangguran boleh disebabkan kepada beberapa faktor termasuk geseran atau normal (friksional), bermusim, berstruktur dan berkitar (cyclical).
aku juga ada baca blog post bertajuk GAMIS: Bajet 2010 Harus Menjurus Ke Arah Mengatasi Masalah Pengangguran Siswazah Malaysia. well, aku agak menyokong statement nih:
Dalam hal ini, GAMIS berpandangan bahawa strategi pendidikan yang berkesan perlu diperkasakan di seluruh institusi pengajian tinggi di Malaysia supaya dapat melahirkan graduan yang lengkap dengan pelbagai kemahiran. Justeru itu, peranan pendidikan secara am serta peranan pendidikan tinggi secara khusus dalam memberi latihan ke arah melengkapkan siswazah Malaysia dengan kemahiran dan sikap yang sesuai dengan tuntutan pekerjaan adalah sangat wajar dikaji.
so, dari sini bleh la kita renungkan regarding this issue, is it the programs yang ditawarkan kurang berkesan OR is it the graduate itself yang membuatkan mereka susah mendapat kerja? mungkin jugak ada faktor2 lain yang aku tak prasan di sini. agak2 sapa yang bleh jawap ek?

4 comments:

mohad said...

info yang menarik...

MfR said...

haah... memang menarik... sebab dhila pun salah sorang penganggur skang nih!! huhuh

Anonymous said...

I think salah pelajar sendiri. Rezeki ada di mana-mana. Kenapa perlu mengikuti program lagi setelah bertungkus lumus di IPTA atau IPTS selama bertahun-tahun. Di kampus, actually many things we can learn not just our major course. Program-program keusahawanan pun banyak ditawarkan sepanjang kita berada di IPT. One more thing, if kita free, kita boleh masuk kelas mana-mana saja yang kita suka. Cuma tak ada exam. Lagi kurang tensionnya. Ok. Back on track topic, kerajaan sekarang ni tengah berusaha memperbaiki kesilapan yang lalu dengan mengadakan pelbagai program untuk lepasan ijazah..tak menjadi satu kesalahan, tapi satu langkah yang amat baik. Harap2 kerajaan akan lebih terperinci terhadap sesuatu kursus yang ditawarkan supaya tidak berlaku lambakan graduan dalam satu bidang yang tidak relevan dengan sektor pekerjaan yang diminta pada masa kini dan juga pada masa akan datang. Anyways, its all up to us to decide. Kawan-kawan ada juga dah jadi jutawan, study pun setakat SPM sahaja. Fikir-fikirkanlah! Thanks

MfR said...

yeap... tak semestinya kuar U jadik somebody dan tak smestinya tak habis skool tu tak leh jadi apa2.. apapun, for me, atas diri sendiri. dhila sendiri pun dah beberapa kali attend interview, tapi still no luck. jadi, dah rancang to go for business after this. hopefully ok lah lepas nih...

Post a Comment