Ads by

Thursday, August 31, 2006

Kem BTN Hutan Perca, Alor Gajah (26hb - 30hb Ogos 2006)


mula² rasa macam tak best je bila dengar kena pegi BTN ni… dah terasa kebusanan yang amat tinggi lah… asik kutuk je.. dah le keja tak siap, assignment belambak, notes ngan buku tak baca tuk mid term exam… ikss ikss ikss… sapa lah wujudkan BTN nih… tu mula² lah… heheheh.. sib baik la yang pegi lak muka² BITS ngan BITD Tahun 4 yang dah memang hari² duk teserempak… so leh la tahan kut…                                     

bila dah sampai kat kem BTN di Hutan Perca, Alor Gajah tu, dah terasa seram laks… maklumlah, ladang kelapa sawit ngan getah je… huhuhu… dah terbayang 5 hari yang bakal dilalui tu dengan agak busan sebab takde PC. notebook ngan tenet yang digunakan tetiap hari… huhuhuh… lagi bahagia lak bila tengok coverage HP naik turun naik turun je barnya… (at 1st lagilah… takde line langsung.. celcom leh pupus kat situ… hahaha)
 
dah mula taklimat pendaftaran, bahagi bilik and so on… buleh la tahan sket. dapat dorm lain, masuk dorm lain sesuka hati.. ahaks.. tak kesahlah… petangnya bahagi kumpulan laks… bak kata shida, memang tak berkembang pun (mana taknya, satu kumpulan ngan najmuddin a.k.a ustad yang suke duk wat citer "benar")… kembang sket sbb ada budak² BITD lah.. hahaha… masa nih ok sket lah.. mula lah tugasan² yang nk kena wat.. lukis logo kumpulan ngan motto kumpulan jadikan bendera negara masing². kelakar nak mampuss..



Ahli Kumpulan 5 - L.E.G.O
Nama ahli: Ayam (Ketua), Dihar (Penghulu Kursus), Ustad, Shazwan, Dhila, Noraazilah, Bie, Mazian, Che Hani & Laila (dalam gamba sorang tak cukup, Laila masuk spital)


Antara aktiviti lain masa BTN nih ialah dengar ceramah pasal kenegaraan, wat LDK, jadik rumpun buluh, kembara masuk hutan, berkawad, jawab soklan kuiz, wat eksperimen ala² projek sains - apungkan paper clips, susun 10btg paku atas 1 btg paku, buat peralatan tuk protect telur supaya jgn pecah bila dibuang dari tpt tinggi, denda jalan itik (rebah lak gue masa nih, luka lutut kiri kanan… huhuh), jogging ngan jalan² sejauh 2KM (kena tipu masa nih. mula cakap 2KM, tengok² lebeh banyak dekat 3KM). sumer nih best walaupun perit gak la nak  wat… hahaha…                                                                                             
 
apapun, walaupun penat berBTN nih… banyak menda yang gue dapat… leh kenai ngan budak² BITD yang sesetghnya tau muka tapi tak tau nama dah leh kenai, lawak buduh yang boleh wat gelak guling²nya, bergurau senda reramai, tengok gelagat orang sehat yang wat sakit, barisan "pelakon" handalan (antaranya gue lah) and sebagainya… masa BTN ni gak lah dia terapkan nilai² kenegaraan, menghargai maruah kita specially malay people, menaikkan semangat berkerjasama dengan kumpulan, bersatu padu dan Malaysia yang jadi kebanggaan kita. memang insap giler lah masa tu… walaupun asik wat salah dan kena marah, tapi sumer tu mengajar kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab… lagipun menjadi pengajaran supaya berhati² di masa hadapan.

bila sampai hari last, masing² ada yang rasa tanak balik sebab dah rasa best duk kat sana… maklumlah.. tak payah nk hadap PSM lagik.. huhuh… bila lah nak siap PSM nih agaknye… ahaks… semangat sket…. sempat lagik nih nak siapkan.. tak sanggup dah nak jadik pelarian PSM bila nampak bayang² supervisor (ms intan lah… sapa lagi!!!)

0 comments:

Post a Comment

Meh kita pikir²