DALAM hidup ini tiada apa yg aku cari melainkan ketenangan dan kebahagiaan. Aku bahagia melihat dia gembira, aku senang hati melihat dia ketawa. Bagiku, dia umpama sejalur cahaya dalam hidupku. Insan yang lebih mengenal diriku daripada aku sendiri. Insane yg byk mengajar aku ttg ketabahan & keinsafan. Namun tidak aku sedari, aku sendiri yg membunuh kebahagiaan itu.
Dia seorg yg periang namun mudah merajuk. Mudah pula dipujuk. Gadisku Aina seorg yg manja. Aku senang sekali dgn sifatnya itu w/pun kadang2 perangainya tidak ubah seperti anak kecil. Hatinya mudah tersentuh. Jiwanya terlampau halus tp yg pasti aku amat menyayanginya. Hanya kuasa Tuhan shj yg mampu menghalang perhubungan kami.
Aku sering tewas dengan renungan matanya, redup. Penuh dengan keharmonian dan bagaikan terkandung seribu pengertian. Aku tahu harapannya padaku setinggi awan. Sering Aina mempersoalkan tentang hatiku
Ahh, Aina! Andai masa itu dpt kuputar kembali, tiada apa yg mahu aku lakukan selain dari membetulkan kesilapanku dan menghabiskan setiap waktu yg berdetik melayan apa shj kerenahmu.
“Abang…” Sejuk hatiku mendengar suara manjanya.
“Ada apa?”
“Aina nak Tanya satu soalan. Senang aje soalan ni. Tak payah baca buku pun boleh jawab. Emm..abg sayang Aina tak?”
“Adalah sikit-sikit.” Masih terbayang wajahnya yg separuh terkejut. Tiada lg senyuman di bibirnya. Dia hanya tunduk memandang tanah. Aku tergelak kecil. Sensitive betul gadisku ini.
“Hey, come on. Mestilah abg sayang Aina. Abg sayang banyak-banyak tau. Bukan sikit-sikit je. Ok, puas hati? Hai…takkan usik sikit pun dah merajuk.”
Aina masih membisu
“Aina, abang kira sampai tiga. Aina kena senyum balik. Kalau tidak abang picit hidung. Satu…dua,”
“Aina saja nak Tanya.” Ujarnya sambil ketawa kembali. Saat ini aku rasa bahagia akan terus menjadi milikku.
Aina cukup memahami aku. Cukup sabar dgn perangaiku. W/pun kadang-kadang aku tidak berlaku adil kepadanya. Memang aku akui, dialah permata nilamku, di dalam dirinya nadiku berdenyut. Aku dan Aina saling menyayangi. Aku percaya dia tidak akan mengecewakanku tapi aku silap kerana membiarkan dia terus mempercayai kejujuranku yang tiada benarnya.
DALAM diam aku menabur janji kepada insane sejenisnya. W/pun aku hanya sekadar mahu mengisi masa luangku, secara tidak langsung aku mengguris hati seorg perempuan yg byk berkorban untukku. Tapi ketika itu aku tidak pernah sedar!.
“Woi Hisyam, call untuk kau.” Laung teman serumahku. Tentu Nelly, dia yg berjanji hendak menghubungiku.
“Hello Nelly…” Suaraku sebaik shj mencapai gagang telefon. Namun tiada suara yang menjawab.”Nelly kan tu…”
“Maaf saya salah nombor.” Klik! Gagang telefon diletakkan. Hanya Tuhan shj yg tahu betapa jantungku berdenyut kencang sewaktu mendengar suara kepunyaan Aina. Bukannya Nelli! Tak dpt aku bayangkan perasaan Aina ketika itu.
“Aina, abang gurau je malam tu. Abg tau Aina yg call.” Lancar lidahku melafazkanpenipuan.
“Aina, say something please, jgn buat abg mcm ni.” Aku separuh merayu. Yang terdengar hanya esak tangisnya. Remukkah hatinya?
“Sayang, I’m sorry ok. Abg nak menyakat aje.” Oh tuhan, apa yg tlh aku lakukan? Biarlah aku terus menipu. Asalkan hatinya tidak remuk. Aku tak sanggup mendengar tangisannya lagi. Benar-benar aku rasa serba salah.
“Betul ni abang main-main aje?”
“Betul…abg mana ada org lain. Aina Sophea aje yg abg sayang.” Huhh..mudah sungguh aku mendustai kepercayaannya. Andai masa itu milikku.
“Aina nak dengar satu lagu tak? Abg buat khas utk Aina tau.” Ujarku suatu hari.
“Betul ke? Bestnya…nyanyilah bang.” Tergambar kegembiraan di wajahnya yang putih bersih itu.
“tapi abg tak pandai nyanyi. Nanti abg suruh kawan abg nyanyi ok.”
AINA mula menarik muka masam. Dan demi menjaga hatinya, lagu untuk Aina aku nyanyikan. Biar tidak semerdu mana, ia lahir tulus ikhlad dari hatiku. Menjadi bukti bahawa kasih sayangku bukan mainan. Danpetang itu sebaik shj lagu itu habis kunyanyikan, Aina memelukku erat. Esakannya memeranjatkan aku.
“kenapa ni? Did I say something wrong?” Soalku lembut. Aina menggelengkan kepalanya. Kusapu airmata yg membasahi pipinya.
“lagu tu untuk Aina ke?” Soalnya dalam sedu.
“Oklah abang tahu I’m not a good composer tapi nanti abg buat lagu yg lagi best ok.”
“Bukan sebab tu, Aina suka lagu tu. Thanks a lot. Aina terharu.” Dan kata-kata seterusnya hilang dalam sedunya.
“Aina, kat kolej abg kan ada one girl ni tau, lawa sgt. We all try tackle dia. And guess what? Dia respond abg…”
Mmg aku sentiasa mengukir suasana tegang. Kenapa aku tak pernah mahu mengambil berat ttg hatinya? W/pun sekadar mengusik. Andai waktu itu milikku.
“Yelah…nak menyakat org pun janganlah sampai mcm ni. Kalau everyday abg buat mcm ni, abg ingat Aina tak terasa ke?”. Tapi aku tak pernah serik. Sekurang-kurangnya aku tahu dia cemburu. Bukankah cemburu itu tandanya sayang?. Cuma yang aku tak tahu betapa hatinya sering terguris.
“Aina, apa kata kita break dulu. I mean just a sgort break.”
“Kenapa? Apa salah Aina abg?”
“Abg ada masalah ni. Jgnlah nak tambahkan masalah abg.
“Tapi abg jadikan perhbgn kita ni sebagai mangsa. Kita still lagi boleh go on macam biasa. Don’t do this to me, bang.” Suaranya separuh merayu. Penuh ketakutan dan persoalan.
Sedangkan aku berasa megah berjaya membuatkan org kecewa.
“No…nanti bila-bila abg dah sedia, abg contact Aina.” Namun tak sampai bbrp hari, hatiku mula jadi tak tentu arah. Mana mungkin aku berpisah dengan Aina Sophea. Tanpanya hariku menjadi mendung. Senyumku tak mahu menjengah. Apa yang aku buat serba tak kena. Baru terbayang kesalahanku.
“Promise ma, abg takkan buat mcm tu lagi…”
“Ok, abg promise. So, will you forgive me my princess?” Bertuahnya aku mempunyai seorg Aina yang pemaaf. Sejak itu aku sedar aku tidak sanggup berpisah dengan Aina Sophea.
TIDAK dpt aku bayangkan hidup ini tanpa senyumannya. Tanpa ketawa dan tangisnya. Tanpa kehadirannya. Aina rela hatinya disakiti kerana sayangnya pada aku. Cuma aku yg selalu mengambil kesempatan di atas kelemahannya.
Cita-cita kami tinggi. Mungkin dianggap angan-angan bagi sesetgh pihak. Tapi aku tidak peduli. Aku mahu hubungan kami tidak berhenti di sini sahaja. Aku mahukan anak-anak yang manja sepertinya, anak-anak yang boleh membuatkan aku hidup seperti Aina menceriakan hidupku selama ini. Aku mahu mempunyai keluarga bahagia dgn Aina sebagai permaisuriku.
“Aina, dua tahun lagi abg habis belajar. Lepas tu abg terus masuk meminang. A year lepas tu kita kahwin, ok.” Aina hanyaketawa.
“Abg ni banyak beranganlah.”
“Aikk! Kenapa, Aina tak nak kahwin dgn abg ke?” Dan dia hanya tersipu malu.
“Abg, nanti kita bawa anak-anak kita jalan-jalan. Sure seronokkan ada keluarga sendiri.”
“Aikk, dah sampai situ pula ke. Tadi bukan main lagi.” Usikku.
“Aina, abg nak anak sepuluh org tau.”
“Hei, ramainya. Tak naklah ramai sangat. Nanti dah tak romantiklah.”
“Kalau mcm tu kita tak payah ada anaklah. Duduk dua org je sampai bila-bila. Romantic tak?” dan kata-kataku dibalas dgn cubitan di peha.
“Nanti, kita honeymoon dekat…mana ye? Erm..Aina nak pergi mana? London? Paris? Venice?”
Semua angan-angan yang aku harapkan menjadi kenyataan. Setiap saat bersamanya amat ku nantikan. Bila rindu mula menyapa. Aku menjadi semakin parah, hampir sasau aku dibuatnya. Ada kalanya Aina kuat merengek. Kalau setakat nak aiskrim atau kandi, boleh lagi aku tunaikan. Tapi kadang-kadang tu, jenuh juga.
“Abang, nyanyi lagu utk Aina. Lama tak dengar.”
“Alahai yang oii, mintaklah benda lain. Abg tak pandai nyanyilah.” Ketika itu keluargaku masih bersantai di ruang tamu.
“Alah bang, please….abang sayang Aina kan.”
“Ye…abang sayang sangat Aina. Kalau Aina sayang abang, jgn suruh abg nyanyi ok.”
Alamatya..pasti aku digelakkan jika menunaikan permintaan Aina, terutama sekali oleh adik bongsuku yang kuat menyakat.
“Tak nak sudahlah. Aina dah tak nak paksa. Tapi kalau esok Aina mati, mati kempunanlah Aina.”
“Don’t worry kita mati sama-sama.” Balasku dgn harapan Aina tidak akan mengungkit perkara ini lagi.
Aina…Aina….Aina Sophea. Kalau dulu matanya yang sering menitiskan jernihan putih tapi kini giliran aku pula yang menyimpan sendu di kelopak mata. Aku harus tabah. Aku harus meyakinkan Aina yang cita-cita kami tidak akan terkubur.
Walau hakikatnya aku tahu ianya semakin samara. Aku takut sekali dia akan pergi meninggalkan aku. Tidak! Aina jangan tinggalkan abg. Sayang abg akan terus hidup. Permata abg akan terus berkilau. Aina tidak boleh tinggalkan abg begitu saja. Aina ingat lagi tak janji kita?.
Kita akan ada anak-anak yang comel, seperti ibunya. Abg akan bawa Aina ke mana sahaja yang Aina mahu. Biar ke hujung dunia sekali pun. Abg janji tak akan mengusik Aina lagi. Abg tak mahu lukakan hati Aina lagi. Cuma berikan abg peluang itu.
PAGI itu aku menerima panggilan kecemasan dari pihak hospital. Keadaan Aina semakin parah. Badannya sudah tidak mampu menhan barah yang menusuk ke dalam tulangnya. Aina mengidap penyakit yang merbahaya dan saat itu dia dalam keadaan kritikal.
“Abang..” Bisiknya lemah
“Abang sayang Aina tak?” Ada airmata yang mula bertakung.
“Ya Aina..Aina tahukan betapa abg sayangkan Aina.”
“Abang..nanti bawa Aina jalan-jalan macam dulu. Aina nakmakan kandi. Lama dah tak makan. "
“Sayang, kalau dah sihat annti apa aje yang Aina nak, abang akan tunaikan.”
“Abang, Aina nak dengar lagu untuk Aina, boleh tak?” Suaranya semakin sayu dan perlahan.
Tak sanggup aku hampakan permintaannya kali ini. Permintaan yang ku pasti permintaan terakhir yang mampu aku berikan. Jika ini boleh mengembalikan Aina kepadaku, aku sanggup nyanyikan lagu ini walau di tengah khalayak ramai. Walau berulang kali, aku sanggup. Aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan Aina kembali pulih. Jika diminta badanku diganti dgn badan Aina pun aku rela. Yang penting Aina sihat.
“Boleh sayang…..apa saja yang Aina minta.”
Tiada kata selain syukur
Tiada nikmat selain kehadiranmu
Anugerah paling berharga
Untuk seorang aku
Tiada cahaya selain senyummu
Tiada ungkapan selain namamu
Saat paling indah…Kau berikan Aina Sophea
Benarkan aku menganyam impianmu
Izinku aku menyemai bahagiamu
Mengukir harapan
TIDAK sempat aku habiskan nyanyian ini. Aku sendiri terpaksa menahan sendu. Dan bila aku terpaksa menerima kenyataan yang cita-cita kami turut terkubur bersama Aina, peritnya kurasakan.
Dia yang tidak pernah tahu kecuranganku. Terlalu suci hatinya. Ketika itu terbayang senyumannya, ketawanya, terdengar rengekannya. Aina Sophea telah pergi menemui kehidupan yang lebih adil daripada aku pernah berikan. Mulai hari-hari seterusnya tidak mungkin aku dengari suara manjanya…
“Abang, nyanyi lagu untuk Aina…”
KATA HATI
Bila dah nekad terhadap sesuatu keputusan, jangan sesekali titiskan air mata.